Sunday, July 11, 2010

Perkasa....Tindakan Bodoh Ibrahim Ali

Tindakan Ibrahim Ali supaya Ketua Pemuda MCA, Wee Ka Siong di tahan di bawah ISA adalah tindakan bodoh. Ianya hanya akan menyemarakkan api perkauman.
Apakah selama ini Ibrahim Ali tidak sedar bahawa berjuta kaum Melayu yang makan gaji dengan syarikat- syarikat milik kaum cina?
Apakah Ibrahim Ali buta dan tidak nampak bahawa 95% kedai- kedai mewah di bandar- bandar besar dimiliki oleh kaum cina?
Apakah Ibrahim Ali tidak sedar bahawa ekonomi negara ini 60% bergantung kepada syarikat- syarikat swasta yang diterajui oleh kaum cina?
Seandainya syarikat- syarikat ini mengambil langkah memboikot pengambilan staf melayu apakah Perkasa mampu menyediakan pekerjaan untuk kaum Melayu. Syarikat-syarikat ini boleh membuat berbagai helah sekiranya mereka tidak ingin mengambil staf Melayu. Umpamanya diletakkan syarat: Fasih berbahasa Mandarin.
Berapa ramaikah orang Melayu yang boleh menguasai bahasa Mandarin?
Nampaknya Ibrahim Ali melatah tanpa memikirkan implikasi buruk yang bakal menimpa orang Melayu sekiranya orang cina bertindak balas.
Perkasa bukanlah NGO yang mewakili keseluruhan orang Melayu. Oleh itu ia tiada hak untuk mengatakan mewakili melayu. Adalah lebih bijak sekiranya Ibrahim Ali menyatakan dengan jelas bahawa Perkasa hanya mewakili ahli- ahlinya sahaja. Atau berkemungkinan UMNO tetapi bukan keseluruhan orang Melayu.
Sekiranya Wee Ka Siong harus ditahan dibawah ISA kerana mempersoalkan pemberian Biasiswa MARA yang terhad kepada pelajar Melayu, bagaimana pula dengan Mahathir Mohamed bekas Perdana Menteri yang memberhentikan pemberian biasiswa kepada pelajar- pelajar Melayu suatu ketika dahulu? Apakah Mahathir yang mempunyai hubungan dengan Perkasa juga harus disumbat ke dalam ISA?
Sudah terang lagi bersuluh. Bukankah Mahathir dikaitkan dengan Eric Chia, Ting Pek Khing, Vincent Tan dalam pemberian projek- projek Mega yang berakhir dengan pelbagai skandal yang merugikan negara? Pada ketika yang lain Mahathir sibuk bersama Perkasa dan Ibrahim Ali memperjuangkan hak biasiswa orang Melayu, kononnya.
Sebagai seorang warganegara Marhaen yang waras saya menentang sama- sekali sifat perkauman melampau yang didokong oleh Perkasa.

No comments:

Post a Comment