Tuesday, July 13, 2010

ADUN KATAK ...Jangan Biar Ia Berulang Lagi

Pilihanraya Umum ke-12 menyaksikan Pakatan Rakyat menang bergaya di lima buah negeri.
Tetapi malang, tindakan Adun PR yang melompat keluar parti telah sedikit sebanyak menggugat kepercayaan rakyat kepada Adun tersebut dan kepada PR amnya.
Ibrahim Ali, Zul Nordin dan Zahrain adalah Adun yang terus hilang kredibiliti apabila memainkan pelbagai isu untuk menjahanamkan PR.
Logiknya jika kita analogikan perlantikan Adun sebagai staff sebuah syarikat, maka Adun itu diumpakan sebagai staff dan rakyat adalah syarikat. Sebelum di ambil bekerja staff di berikan surat perlantikan dan seandainya staff tidak bersetuju dengan syarikat maka jalan terbaik adalah staff meletak jawatan. Jadi, dalam isu Adun yang telah diberi surat perlantikan oleh rakyat, sekiranya beliau tidak lagi mahu menjalankan amanah maka cara terbaik adalah meletakkan jawatan. Kosongkan kerusi.
Mungkin Adun tersebut akan berkata, Aku masih sayangkan rakyat cuma tidak sehaluan dengan parti yang dianggotainya ketika bertanding sebagai Adun dahulu.
Kalau begitu beliau silap. Rakyat memilihnya sebagai Adun adalah kerana rakyat percaya kepada dasar parti yang dianggotai oleh Adun tersebut.
Mengapa tidak se dari awal calon tersebut bertanding atas tiket Bebas.
Sebagai rakyat marhaen yang tidak bijak berpolitik tetapi ingin sangat bersama- sama membuat undi protes dan menjatuhkan BN dalam pilihanraya akan datang, saya berharap PR akan lebih berhati- hati memilih calun. Sediakan Bai'ah tertentu agar calun tidak akan melompat parti selepas menang.

No comments:

Post a Comment